tabbb

love jatuh

Tengok-tengok sama ini blog

Henset saya dah uzur.Harap anda klik

Sinopsis Sutera Dalam Lukisan : Edisi Melaka Pahang Terengganu Kelantan



Novel ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang sentiasa dirundung kesedihansejak kematian ibunya beberapa tahun yang lalu.Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz dianggap sebangai pemuda yang tidak waras dan bodoh.Disebabkan sikapnya itu,Bujei seringkali dipersenda,dibuli dan diketawakan penduduk kampung.
Alias,pemuda nakal selalu meminta Bujei melakukan kerja untuknya.Bujei akan didera sekiranya tidak mengikut arahan Alias.Perlakuan Alias tidak di balas kerana takut akan didera lagi teruk.Ketakutan Bujei menjadikan Alias lebih berani dan sesuka hati memperlakukan Bujei.Walaupun begitu,Bujei seorang pemuda yang rajin dan jujur.Beliau berkawan rapat dengan Sameah dan Samsul,anak Sidang Saman iaitu ketua kampung tersebut.Bujei menyukai Sameah kerana Sameah baik dan prihatin terhadapnya.Namun,Sameah adalah tunangan orang dan menyebabkan Bujei semakin menjauhkan diri daripadanya.Kehadiran Adila yang membawa diri ke kampung setelah kecewa dengan Faizal telah mempertemukan mereka berdua.Adila sering berbicara tentang Bujei.Adila kemudiannya meminta Bujei bertemu dengannya untuk mengenali Bujei dengan lebih rapat.Segala maklumat tentang Bujei dicatat oleh Adila dan perubahan demi perubahan telah dilakukan terhadap Bujei.Keikhlasan dan dorongan Adila menjadikan Bujei lebih yakin dengan dirinya sendiri.Adila berpendapat bahawa Bujei tidak seperti yang disangka penduduk kampung.Bujei semakin berani berhadapan dengan Alias.Kedatangan Harun,bapa tirinya membuatkan dia berasa takut.Harun yang tamak akan harta,memaksa Bujei untuk bersetuju memberikan tanah pusakan miliknya kepda Harun.Harun bertindak memukul Bujei sehingga pengsan.Kehilangan Bujei selama beberapa hari dirasai oleh Adila dan Sidang Saman sekeluarga.Kemesraan Adila dan Bujei menimbulkn iri hati Alias.Alias ingin membalas dendam.Alias ingin memalukan Bujei dengan membuat permintaan supaya Bujei menyanyi di majlis kendurinya dengan Sameah.Walau bagaimana pun,Bujei memiliki bakat yang terpendam apabila Bujei menyanyi dengan baik di majlis itu.Kehebatannya telah menyedarkanpenduduk kampung bahawa dia bukan bodoh.Alias berasa tercabar dan berpura pura berbaik dengan Bujei .Alias menyebarkan fitnah mengenai Adila dengan mengatakan Adila dengan mengatakan Adila berpenyakit AIDS.Alias turut menghantar surat kepada Adila.Bujei mempercayai fitnah tersebut dan mula menjauhi Adila.Rajuk Adila menimbulkan rindu dalam hati Bujei.Akhirnya kebenaran terbukti bahawa Adila tidak ada penyakit AIDS.Alias menjadi gila dan Bujei menjadi semakin rapat dengan Adila.
Anda like saye hepy !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...